Monday, October 26, 2009

untukmu ROKOK


Sejak ku mengenali mu buat kali pertama
Engkau tidak berusaha pun untuk menyapa ku
Hanya aku yang sibuk untuk berkenalan dengan mu
Sombongnya engkau terhadap diriku



Engkau tidak memaksa aku mencari mu
Namun engkau menawan hatiku dengan sikap mu
Layanan mesra mu menawan hatiku
Tidak pernah aku merasa sebegini rupa



Engkau menjadi idola ramai di dunia ini
Boleh dikatakan engkaulah permata yang bersinar
Menyalakan hidup dengan api dan asap mu
Menghilangkan wahai kegelapan



Perkenalan kita melalui teman baikku
Memberi ku peluang untuk mengenali mu dengan lebih intim lagi
Semakin ku mengenali mu lebih dekat
Jalinan mesra semakin terjalin



Segelintir insan bergelar manusia amat membenci mu
Aku tidak mengerti kenapa
Melemparkan tomahan dan fitnah terhadap dirimu tersayang
Yang paling teruk adalah menuduh engkau pembawa maut



Ada manusia meminta dirimu diharamkan di serata dunia
Aku tidak mengerti mengapa
Sebab engkau mengandungi baha kimia tidak boleh dijadikan alasan
Itu adalah satu bentuk penghinaan



Bolehkah gula diharamkan kerana membawa penyakit kencing manis
Ataupun sumbangan minyak kepada penyakit kolestrol
Mengapa wujudnya prasangka buruk terhadap mu wahai rokok
Akan ku pertahankan maruah mu hingga ke hujung dunia



Jika dibandingkan dirimu mu dengan kekasihku
Bagai langit dan bumi
Dengan kekasihku, aku kena melayan karenahnya yang selalu berubah
Tapi dengan mu, engkau melayan ku dengan belaian mesra



Dikala bulan menjadi saksi hubungan intim kita,
Hidupkan bertambah mesra dengan kehadiran mu
Tidak ada apa-apa yang akan memisahkan kita
Memelihara hubungan kita yang bagaikan isi dan kuku



p/s: merokok membahayakan kesihatan







No comments:

Post a Comment