Sunday, January 3, 2010

kasih sayang

Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Guru: Baiklah, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru tersebut bertanya..

Guru: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik. Maka saya pun terus berjalan ke hadapan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin di antara belakang saya tadi ada rumput yang cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Guru: Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu takkan berulang lagi dan ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik serta paling baik. Walau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..